Thursday 16 January 2014

Syurga Neraka

Satu hari sahabat aku bertanya kepada aku "kalau tidak ada syurga neraka apakah anta akan beribadah?"...
Aku... terdiam....

Tuesday 31 December 2013

Selamat Menyambut 29 Safar 1436

 Jangan buat muka macam tu...Apa? Salahkah apa yang aku cakap ni? Hahah.

 Tatkala mula kedengaran bait-bait selamat tahun baru, aku cuba mencari kelainan. Lain bukan? Hahahaha.
Jadi sempena menyambut 29 Safar ni, aku tinggalkan korang dengan imej ini....

Sunday 29 December 2013

#1

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa begitu berbunga-bunga. Terasa seperti ada taman dalam hati. Bercakap fasal taman dalam hati, teringat aku kepada kata-kata sahabatku yang sungguh indah. Kata beliau, "dalam hati aku ada taman, taman buaya". Aku pernah ke taman buaya semasa aku di darjah lima. Itu pun sebab pergi rombongan ke Melaka. Ini entri pertama aku eh? Oh okay. Sebenarnya dah lama aku buat blog ni cuma hari ni baru rasa nak tulis entri...hahah...
 Berbalik kepada diri aku, Allah berfirman dalam al-Quran bahawasanya manusia diciptakan berbilang kaum dan berpuak-puak agar kita saling kenal-mengenali. Jadi, izinkan aku untuk perkenalkan diri. Nama aku Muhammad Haziq Syamil bin Shahrum. Hah, cukuplah tu. Lebih-lebih pula. Nak lagi kenal like page aku Crassezers' Life Interpretation.
 Okay, berbalik kepada taman tadi... Ya, aku rasa macam ada taman. Jadi? Malas aku cerita lebih-lebih. Privasi lah kawan. Cikgu sekolah rendah tak ajar ke? Hahah...
 Memandangkan ini entri pertama dan aku tak ada topik lagi, kalau ada pun memang hambar tahap gaban,
rasanya eloklah aku tamatkan celoteh aku ni. Aku tak pasti sama ada makan kerepek ada kaitan dengan merepek atau tak. Okay sudah cukup sudah cukup sampai di sini saja... Aku tinggalkan korang dengan imej ni sesuai dengan perasaan aku sekarang.